Halaman

Rabu, 12 Oktober 2011

Undang-Undang Pelik Seluruh Dunia

Senarai asal ditulis oleh Junaidi di thisisit / ilike-concept, saya menulis semula dengan format lebih mudah dibaca, dan juga kerana blog beliau rosak dan akan melencongkan anda ke halaman di laman sesawang lain.

Berikut ialah antara undang-undang yang pelik di seluruh dunia.
  1. THAILAND :
    Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
  2. SWITZERLAND :
    Dilarang mengemas rumah atau menyidai pakaian atau membuat apa-apa perkara yang mengeluarkan bunyi bising seperti mesin rumput atau pukul paku ke dinding pada hari Ahad.
  3. SWEDEN :
    Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sijil kelulusan daripada mereka.
  4. KOREA SELATAN :
    Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
  5. SINGAPURA :
    Dilarang berjalan dalam keadaan bogel. Denda jika tidak mengepam jamban selepas buang air dalam tandas.
  6. UNITED KINGDOM :
    Dilarang menjual sayuran pada hari Ahad. Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.
  7. MEXICO :
    Wanita yang bekerja dilarang memakai pakaian seksi yang dapat memberangsangkan rakan sekerja sepanjang waktu kerja. Dilarang memaki di tempat awam.
  8. AUSTRALIA :
    Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama. Dilarang memakai seluar dalam warna merah jambu jenis Hot Pink (seperti warna ini dan warna ini) pada hari Ahad.
  9. YUNANI :
    Dilarang memakai topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
  10. KANADA :
    Dilarang tampel plaster luka di tempat awam. Dilarang menyirami tanaman di kebun  ketika hujan. Dilarang memanjat pokok.
  11. PERANCIS :
    Dilarang berciuman di kereta api bawah tanah.
  12. ISRAEL :
    Dilarang memelihara babi di Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
  13. AMERIKA :
    • ARIZONA :
      Dilarang memandu tanpa kasut. Dilarang bermain domino pada hari Ahad. Dilarang memakai misai palsu di gereja. Hukuman mati dikenakan bagi sesiapa yang menabur garam di atas landasan kereta api. Dilarang memandu dengan mata tertutup.
    • ALASKA :
      Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. Dilarang memberi minum bir pada rusa. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
    • ARKANSAS :
      Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari satu kali sebulan. Dilarang memelihara buaya di dalam tab mandi. Wanita yang saling menggoda di tepi jalan akan dikenakan 30 hari penjara. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama pada hari Ahad.
    • CALIFORNIA :
      Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar kawasan sekolah, taman, dan tempat ibadah.
    • COLORADO :
      Dilarang berdebat dengan polis, kecuali jika kenderaan anda ditahan olehnya.
    • CONNECTICUT :
      Dilarang mencium isteri pada hari Ahad.
    • FLORIDA :
      Dilarang bernyanyi di depan khalayak ramai sambil memakai pakaian renang. Dilarang kentut di tempat awam selepas pukul 6. Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari tiga buah sehari.
    • WASHINGTON :
      Dilarang menyusukan anak di tempat awam.
  14. MALAYSIA :
    Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang. Anda sebagai penunggang motosikal di Malaysia memang kena akui undang-undang Malaysia yang satu ni. Hahaha... Pelik-pelik…

Tutorial Bagaimana Nak Enable Right Click Pada Website Disable Right Click

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/06/tutorial-bagaimana-nak-enable-right.html

Terima kasih datang blog ni :). Kali ni nak ajar korang macam mana nak enable right click pada blog yang disable right click. Ada setengah blog tu tak bagi copy content dari blog diorang,padahal still boleh guna shortcut key lagi. Contoh ctrl + c..Kali ni nak share cara lain pulak. Tanpa guna software,ikut sahaja step2 kat bawah ni ye :)

Kalau Guna Internet Explorer Browser
Pergi kat Tools>Internet options>Security
Pastu klik kat Custom Level
Cari Scripting seksyen dekat kwasan bawah sekali..
Pastu disable Active Scripting.Ini akan disable kan JavaScript ngan vbscript dalam browser nie.
Tekan OK.
Restart balik Internet Explorer

Kalau Guna Mozilla Firefox Browser
Pergi kat Tools>Options>Content
Uncheck dalam kotak yg Enable JavaScript
Tekan Ok
Pastu bole la test buka website yg block right click tu..

Kalau Guna Google Chrome Browser
Klik dekat Wrench Icon (gambo spanar) kat atas sekali sebelah kanan.
Tekan Options
Pastu pergi kat Under the Hood punya seksyen..
Tekan Content Setings pastu tekan la yg dia tulis "do not allow............" kat seksyen JavaScript
Pastu buka la website yg block right click tu.
Lepas dah setel copy ke ape ke,mane2 lah..korang ikut balik step macam kat atas ni,then undo balik ape yg korang dah klik tu,itu saje,kalau tak buat macam asal nanti ada sesetengah content kat blog/website tak boleh bukak.

ps : thanks arang tapi aku risau copy paste org nya entri....lebih2 lagi kalu dr blog yg otai2 nie...kena hantam giler ngan diorg punya fan ++'
----------------------------------------
TAMBAHAN: ni pula cara yg sy guna,
copy yg dekat bawah
javascript:void(document.onmousedown=null);void(document.onclick=null);void(document.oncontextmenu=null)
Buka bookmark manager, tekan "add bookmark"
dekat url, paste benda tadi,
dekat nama, buh papepun xpe..
letak bookmark tu dekat bookmark bar yg awk boleh tekan semasa masuk laman web yg disable right click..
SAMPAI JA DKT WEBSITE JNIS MCM TU, TKAN JA BOOKMARK TU, COMFIRM BOLEH RIGHT-CLICK.. :D
enjoy~

Jangan On Aircond Sebaik Naik Kereta

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/10/jangan-hidupkan-aircond.html


JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

AURAT LELAKI SERING DIREMEHKAN

DIAMBIL DARIPADA http://ilike-concept.blogspot.com/2011/04/aurat-lelaki-sering-diremehkan.html






Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar 
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, ...auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai. Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah. Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara? Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah. Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa. Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya. Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya? Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut. Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya. Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu. Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain- dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini. Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim. Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya? Secara logiknya cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

p/s: saya bkn laki jenis mcm tu.. sy suka tutup semua.. huhu.. :'(

Otak Lelaki

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/05/otak-lelaki.html

Tak akan sama dengan otak wanita,kenapa?sebab lelaki nie makhluk yang pelik,bila korang merajuk diorang nampak korang "cute la bila merajuk" padahal korang rasa macam nak sumbat wedges(aku baru taw wedges tu apa,mati2 aku ingat kentang KFC) dalam mulut si lelaki.
Walaupun korang rasa dia tak amik kisah,tapi dia cemburu wooo,siap silap2 dia buat meeting dengan kawan-kawan jantan korang bagi warning jangan kacau korang,tapi semua tu dia tak tunjuk sebab perasan diri cool.
Sekarang nie,peranan korang,sebagai wanita pulak untuk faham isi hati seorang lelaki yang keras kepala/lembut/sensitive/ dan yang anginnya pasang surut(bukan penyakit pasang surut,mintak simpang,nak anak kembar nie.hahahah)

SUAMI / TEMAN LELAKI

1. SIBUK
Bila dia sibuk , JANGAN merengek2 minta dilayan...seboleh-bolehnya , JANGAN GANGGU waktu kerja nya...Mereka ada tanggungjawab..mereka perlu FOKUS...Its not that he's there for you 24 hours.Tapi bila dia cakap dia nak tengok muka korang,sebab rindu,layan,jangan cakap malas nak jumpa,kang dia fedup,baru tergedik-gedik cakap nak jumpa.

2. EGO
Ok..most of guys,,memang dorang ego dalam sesetengah perkara. tapi bila korang sedar yg dorang tengah ego, JANGAN MEMPERSOALKAN keegoannya sebab lelaki susah utk mengaku yg dia ego. Usually, dorang cakap " tu bukan ego, tu tegas "

3. ROMANTIK
Aww..sapa yg tak suka lelaki romantik ? tak normal lah wanita itu bila tak suka lelaki romantik..hehehe..bila dia romantik, be there for him..if dekat, ajaklah dia pegi pantai..bercerita tentang masa depan..cewahh..bila berjauhan, call him and say that U MISS HIM :)
lelaki akan berasa lebih dihargai.Tak salah kalau perempuan yang bagi cokelat sekali sekala dekat lelaki or masakkan makanan untuk dia,jangan harapkan yang datang itu hanya dari lelaki.

4. PANAS BARAN
This one is danger..huhu..bila seseorang itu panas baran..jangan buang air liur untuk bertekak dengan dia..sebaliknya..save air liur anda dengan berdiam diri..
" jangan campur minyak dengan api"
faham kan..jadilah air yang menyejukkan hati orang,korang lawan pun comfirm tak kan menang,silap2 tanpa dia sedar tangan naik dekat pipi,ingat,marah tu sifat syaitan,lagi dia suka kalau korang bergaduh.

5. PENAT
For those yang bergelar isteri..bila suami penat..rajin2kan tangan utk urut badan suami..let him relax..jangan pulak bila dia penat balik kerja..korang membebel,jangan pulak sambil mengurut tu korang membebel sekali.
" Abg, bil rumah kita tak bayar lagi"
" Abg, tadi jiran sebelah buat gate baru"
"Abg, malam ni kita makan luar keyh,,malas nak masak"
yang tak kawin lagi jangan gedik pulak nak mengurut,hahaha

6. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Lelaki pentingkan diri sendiri bersebab,sebab utama ialah bila dia rasa tercabar dan dia rasa tak selamat dengan persekitaran,pernah dengar phrase "man on your own",memang kita harus ada sifat pentingkan diri sendiri sebelum orang lain,nak tahu kenapa?ok amik nie,kenapa dalam flight,if korang biasa naik,akan ada satu manual keselamatan yang berbunyi :
"Bila mask oxygen keluar,sila pakaikan untuk diri anda dulu sebelum pakaikan untuk bayi anda"
Lebih kurang macam tu,dengar macam gila selfish,kenapa tak nak pakaikan dekat bayi dulu?kan budak kecik tu,cuba fikir,kalau korang bagi pakai dekat bayi and at the same time korang yang lemas takde oxygen,then who gonna save the baby later?Sebab tu manual suruh kita pentingkan diri,selamatkan diri kita untuk selamatkan orang lain.

7. MENGONGKONG
" yang, abg tak nak sayang buat macam ni"
"yang, jangan keluar rumah hari ni "
OH NO...itu mengongkong namanya.
apa nak buat , same as above..berterus-terang lah yg dia sedang over-react.
Everything should be fine if kita luahkan apa yg terpendam dengan berhemah.
Ingat,ada sebab dia tak bagi korang buat macam tu,jangan la sampai nak keluar rumah pergi kedai pun dia tak bagi,be rasional kenapa dia tak bagi dan jangan ingat semua tu over-react,its not over react,its just being protective,tapi kadang-kadang tak kena gaya caranya.

8. BERSIKAP SELAMBA
Tarik perhatian,ada sebab kenapa dia bersikap macam tu,maybe dah bosan tengok korang tiap-tiap malam tempek bedak sejuk banyak-banyak,cun lagi hantu kak limah balik rumah,pastu tiap-tiap hari berkembam dengan kain batik hadiah perkahwinan 15 tahun lepas,cuba sekali sekala pergi shopping beli lingerine ke,jaket kulit ketat ke(pakai dalam rumah jangan pakai dekat luar,nanti ramai yang ikut balik),hahaha.

9. CURANG
Bersebab,why?cuba tanya dengan dia,kalau dia kata "I dah bosan dengan you" then korang jawab "Alhamdulillah,nasib u cakap,i memang lama nak cakap macam tu jugak,tapi takut u menangis macam perempuan nanti",angkat kaki,dan blah..tengok sapa yang nak kejar sapa nanti..hahaha

10. LURUS BENDUL/TAK KISAH
Ramai lelaki yang lurus bendul ataupun jenis yang fikir satu-satu benda at the same time,jangan pulak korang rasa benda nie satu perkara yang.
"Ini boleh bikin gua marah nie!aku cakap MACARON MACARON MACARON!bukan MACARONI!"(ini pun aku baru taw macaron tu bukan macaroni,nasib la aku aku tak kata tu sejenis tudung).
Explain to them dan terangkan,sebab kadang-kadang korang pun tak perasan yang korang punya lurus bendul lagi menyakitkan,tapi relax jer dia layan.
So jangan ingat lelaki ni susah untuk dibaca,senang dan mudah,hanya tanya dan korang dah tahu apa yg dia mahu,beza otak lelaki dan perempuan,perempuan 9 nafsu dan 1 akal tetapi lelaki 1 nafsu 9 akal.
Banyak akai(nakal) tapi tetap sayang pada yang satu..

Kalau rasa nak faham otak lelaki dan wanita,luangkan 10 minit untuk 10 tahun korang nanti.

Ramai wanita bertanya dan seorang lelaki menjawab

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/07/ramai-wanita-bertanya-dan-seorang.html


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
“MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

30 Tanda Perempuan Cinta Lelaki

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/05/30-tanda-perempuan-cinta-lelaki.html
Artikel kali ni untuk 'santapan' kaum lelaki.Jom sama-sama kita baca..

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/s : susah nak pilih cinta sebenarnya.Mungkin kena ambik masa sikit ;)

RAHSIA PERGERAKAN LELAKI

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/07/rahsia-pergerakan-lelaki.html


Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelakitingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.(Lelaki yang rajin berbual dengan wanita tanpa keperluan mungkin terlupa dia akan disoal oleh Allah di akhirat nanti)

MENGGANGGUKKAN KEPALA
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.(sudahkah dia mengambil berat terhadap keluarga atau ibunya atau umat islam yang miskin atau umat islam yang melakukan maksiat)

MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.(dia mungkin ingin menghampiri zina dan mendekatkan dirinya ke neraka Allah)

MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.(ini adalah salah satu cabang sihir ain,iaitu menggunakan kekuatan mata)

MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.(Bolehkah dia menggerakkan badannya untuk bersolat jemaah dan berjihad menentang golongan sekular)

SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.(Adakah dia mampu mengalahkan keegoan pihak Yahudi)

MEMANDANG MATA
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.(Jika terlalu lama sama dengan merenung di atas.Orang yang suka memandang wanita mudah rosak pandangan hatinya kepada kebenaran)

SENSITIF PADA JARAK
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.(Mudah-mudahan dialah lelaki soleh yang mencintai Rasul saw sepenuh hati)

MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.(Imannya lemah kerana dikuasai oleh persekitaran,sepatutnya dia mengubah persekitaran dengan kepanasan iman yang memancar dari hatinya)

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


(Dan mengenali nilai iman pada manusia bukan pada penampilan luaran yang bergaya)

RAHSIA PERGERAKAN WANITA

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/07/rahsia-pergerakan-wanita.html

p/s gambar sekedar hiasan

1. JIKA BERJALAN,DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. JIKA BERJALAN,SERING MENOLEH KE KANAN DAN KE KIRI.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3.JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4.JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN..
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5.JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KE KIRI..
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6.JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7.JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Selasa, 11 Oktober 2011

Rahsia Tabiat Wanita Ikut Hari Lahir Menurut Tajul Muluk


DIAMBIL DARIPADA http://ilike-concept.blogspot.com/2011/05/rahsia-hari-lahir-tabiat-wanita-menurut.html

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat 

Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan 
lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika 
dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang 
arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan 
bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu

hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah 

mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang 
menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan 
pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang 
mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan 
tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan 
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun 
pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa 
mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja 
tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah 
terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. 
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan 
dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi 

pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai 
menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak 
pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, 
kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang 
tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit 
tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. 
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. 

Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat 
kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh 
cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya 
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus 
dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah 
apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh 
terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka 

berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya 
dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan 
sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya 
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat 
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia 

tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka 
berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang 
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita
ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, 
seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. 

Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga 
diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang 
tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban 
apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah 
mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat 
kepuasan cari jalan lain.

ps : xpayah la korang percaya sngat...
.:LIKE ARTIKEL ASAL DI SINI:.

Wang Kertas - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Diambil daripada http://ilike-concept.blogspot.com/2011/08/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam.html

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal 
wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan 
pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan 
oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu 
Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah 
Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, 
G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang 
kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the 
Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi 
kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan 
perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. 
Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak 
wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve 
Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh 
industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang 
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar 
Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 
250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan 
Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia 
besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah 
Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan 
jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti 
sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) 
pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah 
Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang 
Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika 
Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap 
Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara 
menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan 
sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika 
Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian 
emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa 
permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang 
fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu 
bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh 
Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Maksudnya :
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, 
sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di 
sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar 
(contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran 
(market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang 
mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti 
menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, 
tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan 
dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar 
‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya 
atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua 
orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang 
kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. 
Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ 
yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah 
sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang 
dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset 
yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan 
berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan 
‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 
1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta 
wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, 
memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan 
tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu 
yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam 
Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat 
pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti 
sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. 
Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import 
berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan 
banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada 
di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua 
orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana 
hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini 
angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan 
jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan 
penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah 
sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Like entry asal di sini...
Best Blogger Tips