DIAMBIL DARIPADA http://ilike-concept.blogspot.com/2011/05/rahsia-hari-lahir-tabiat-wanita-menurut.html
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat
Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan
lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika
dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang
arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan
bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu
hari kelahiran mereka.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah
mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang
menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan
pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang
mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan
tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun
pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa
mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja
tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah
terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan
dalam banyak perkara.
dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja
tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah
terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan
dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi
pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai
menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak
pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang,
kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang
tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit
tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat
kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh
cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus
dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah
apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh
terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka
berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya
dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan
sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia
tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka
berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita
ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula,
seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga
diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang
tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban
apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah
mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat
kepuasan cari jalan lain.
ps : xpayah la korang percaya sngat...
.:LIKE ARTIKEL ASAL DI SINI:.
0 comments:
Catat Ulasan